Welcome to Dunia Elit Centre



Our Centre Provides A Stimulating Fun Learning Environment For Your Child's Optimal Growth And Development


Dunia Elit was founded in 2004 starting with our first Kindergarten in Taman Puncak Jalil. Tadika Dunia Elit is registered and approved by Jabatan Pendidikan Selangor (JPS). Taska Dunia Elit is registered with Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 


About Us

2020 Dunia Elit Calendar

January
1 - Happy New Year's Day
3 - Maulidur Rasul

February
3   -  Thaipusam
19 - Chinese New Year
March April
 
May
1  - Workers' Day
3  - Wesak Day
June
6 - Agong Birthday


July
4   - Nuzul Quran
17 - Hari Raya AidilFitri
August
31 - National Day


September
16 - Malaysia Day
24 - Hari Raya AidilAdha
October
14 - Awal Muharram


November
10 - Deepavali
December
11 - Sultan Selangor Birthday
24 - Maulidur Rasul
25 - Christmas

Kindergarten


Tadika Dunia Elit 
No 1, Jalan PUJ 7/13,
Taman Puncak Jalil
Bandar Putra Permai
Tel : 012-2805085








Child Care

Taska Dunia Elit
No 35, Jalan PUJ 9/7,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai
Tel : 012-280 5085

No 94, Jalan PUJ 7/14,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai
Tel : 012-280 5085

Astana Idaman

Astana Idaman
No 2, Jalan PUJ 6/3,
Taman Puncak Jalil
Bandar Putra Permai
Tel : 012-280 5085







Contacts

Pn Fazilah Othman
Phone : 012-2805085
Email : mysfazilah@gmail.com


__________________________________________________________________

Dunia Elit @ KOSMO Newspaper on 7 March 2011

Taska eksklusif Dunia Elit



TASKA eksklusif Dunia Elit di Seri Kembangan, Selangor ini menggaji pengasuh terlatih sahaja.



PERTAMA kali bertemu dengannya mungkin ada yang menyangka wanita bertubuh kecil molek ini mampu membuka lima cawangan tadika dan taska di sekitar Lembah Klang disebabkan suaminya seorang lelaki kaya.
Namun, kejayaan Fazilah Othman, 36, bukan kerana bantuan sesiapa sebaliknya atas usahanya sendiri mengumpul wang semasa bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta dahulu.
Daripada pekerja kemasukan data, kini beliau mampu mengupah lebih 30 orang pekerja sendiri.
“Selepas tingkatan lima, saya merantau ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pekerja kemasukan data dengan gaji sebanyak RM380 sebulan,” cerita wanita kelahiran Jitra, Kedah ini.
Fazilah yang peramah berkata, beliau tidak betah melakukan satu tugas sahaja. Apatah lagi beliau gemar mencuba sesuatu yang baru.
Di pejabat, beliau ringan tulang membantu kerja-kerja perkeranian termasuk menaip surat dan dokumen walaupun ia bukan tugas hakikinya.
Hasil sifat rajinnya, Fazilah ditawarkan jawatan pembantu pentadbir oleh majikannya.

Jualan langsung
“Kerana ingin menambah ilmu, saya mengambil kursus pentadbiran di Kolej Binary Kuala Lumpur pada sebelah malam iaitu selepas waktu kerja,” katanya.
Empat tahun kemudian, Fazilah bekerja sebagai pegawai sumber manusia sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengurus di sebuah syarikat jualan langsung.
Namun, kerja makan gaji ada batas masa dan perolehan pendapatan.
Jika mahukan kehidupan yang lebih selesa dan terjamin, beliau mesti membuka perniagaan sendiri sebelum usia mencecah 30 tahun, begitulah fikir Fazilah.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semasa menjawat jawatan pengurus di syarikat jualan langsung itu lagi Fazilah sudah merancang untuk membuka sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.
“Pada masa itu, saya bercadang untuk bekerja separuh hari sahaja selain tidak perlu lagi melakukan kerja lebih masa hingga ke awal pagi,” katanya yang mula membuka tadika Dunia Elit di Selangor pada usia 29 tahun.
Fazilah yang gemarkan kanak-kanak berkata beliau berasa puas dapat menjaga anak-anak yang ibu bapa mereka sibuk bekerja.
Ia juga dianggapnya sebagai satu kerja murni dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
“Saya buat kajian bagaimana mahu membuka pusat penjagaan di laman sesawang dan juga buku.
“Saya juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, bomba dan pusat kesihatan sebelum membuka taska berkenaan.
“Dalam masa tiga bulan saya dapat menyelesaikan kesemua urusan itu,” katanya yang memperuntukkan lebih RM30,000 untuk perniagaan itu.
Modal itu diambil daripada simpanannya sendiri yang bekerja di syarikat jualan langsung itu selama lebih 10 tahun.
Fazilah juga memberitahu, kerana ingin mengumpul wang sebanyak itu, beliau pernah makan sekali sehari bagi menjimatkan perbelanjaan.


Kamera web
“Bila sudah buka tadika dan taska baru saya tahu ia bukan kerja senang. Saya bertanggungjawab menjaga anak orang lain dengan baik.
“Saya juga perlu mencari pengasuh yang baik dan bersifat penyayang terhadap kanak-kanak,” katanya.
Selepas taska pertamanya semakin berjaya, Fazilah mula membuka cawangan tadika dan taskanya di sekitar Seri Kembangan, Selangor.
Beliau juga mendapat idea untuk membuka taska eksklusif iaitu pusat penjagaan yang hanya bertumpu pada bayi bawah dua tahun bersama pengasuh terlatih.
Prinsip perniagaan Fazilah juga bukan sekadar memberi jagaan tetapi juga kasih sayang dan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut.
Tidak melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja, Fazilah kerap melakukan lawatan ke semua cawangan tadika dan taska miliknya.
Ditanya sama ada suaminya turut sama dalam perniagaannya itu, Fazilah memberitahu, suaminya yang memegang jawatan sebagai ketua teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta kurang berminat menceburi bidang perniagaan.
Namun, lelaki itu sentiasa memberi dorongan kepada Fazilah untuk menjayakan perniagaannya.
Mengenai perancangan masa depan, Fazilah berkata beliau ingin mengembangkan lagi taska eksklusifnya.
“Perancangan untuk meluaskan lagi taska eksklusif ini sudah ada, cuma mahu laksanakan sahaja pada masa yang sesuai.
“Kalau boleh saya mahu taska eksklusif ini mempunyai kawalan keselamatan yang ketat di mana ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka terus dari tempat kerja menggunakan kamera web,” katanya ketika ditemui di taska eksklusif itu di Seri Kembangan.
Sempat bertanyakan soal penjagaan diri, Fazilah memberitahu, walaupun sibuk dengan perniagaan beliau sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan penampilan diri.
“Setiap hari saya akan minum air kosong yang banyak. Paling penting, saya tidak pernah tinggal makan buah-buahan.
“Sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan malam saya akan makan buah oren dan betik untuk kesihatan dan kecantikan kulit,” katanya yang pasti menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dan suami setiap hari.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

 

Dunia Elit Copyright ©Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal